Selamat datang ke Laman Web Barisan Nasional Johor Bahru Dato' Shahrir Abdul Samad.
Laman web ini bertujuan untuk menambahkan ruang hubungan di antara saya selaku Ahli Parlimen Johor Bahru dengan pengundi Johor Bahru. Pastilah ia tidak dapat menggantikan kehadiran dan diri saya sendiri dalam pertemuan sebagai seorang wakil rakyat dengan pengundi-pengundi saya tetapi dalam suasana kesibukan harian semua pihak, penggunaan teknologi boleh meningkatkan kecekapan khidmat yang diperlukan. Maklumat dan kekesanan penyampaian maklumat akan membantu untuk mencapai kecekapan khidmat itu dan teknologi internet memudahkannya.
Matlamat laman web Ahli Parlimen Johor Bahru adalah untuk meningkatkan kecekapan khidmat Ahli-ahli Parlimen BN dan saya berpendapat teknologi internet akan membantu untuk menjadikan kami semua cekap, telus, terbuka dan 'accountable' kepada rakyat yang telah mengundi BN pada Pilihanraya 2004.
Sekian, Terima Kasih. Dato' Shahrir Abdul Samad Ahli Parlimen Kawasan Johor Bahru. H/P 0192778667 shahrir@umnojb.com.my
PEJABAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN 16A Jalan Suria 19 Taman Putera 81100 Johor Bahru Tal: 07 3317177, 07 3327177 Fax: 07 3357177
KUALA LUMPUR: The rising food prices and cost of living will take centrestage at Parliament today.The questions include those on whether the Government will scrap the monopoly in the import of rice and sugar, how to prevent the increase in the prices of essential goods and Bernas’ policies on the supply of rice.Barring interruptions during the first 30 minutes of the live telecast of Question Time, viewers are likely to hear questions fielded by Saifudin Nasution Ismail (PKR – Machang), Khairy Jamaluddin (BN – Rembau) and Teresa Kok (DAP – Seputeh).These MPs' questions were listed as the first three in the Order Paper for today.Saifudin wants the Energy, Water and Communications Ministry to state when the Government will formulate a law on the generation and supply of energy. selanjutnya
KUALA LUMPUR 5 Mei - Harga barang kawalan akan diseragamkan di seluruh negara bagi memastikan semua peringkat golongan berpendapatan rendah tidak terus hidup tertekan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu penting berikutan wujud perbezaan harga antara barang kawalan di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.''Kalau kita benar-benar hendak melindungi golongan berpendapatan rendah, maka kita perlu menyeragamkan harga barang keperluan ini kerana negara kita bukan hanya terletak di Semenanjung,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini. selanjutnya
KUALA LUMPUR 30 April - Menepati ramalan, hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini berlangsung dalam suasana panas apabila masing-masing Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang saling teruja untuk bangkit bersuara mengemukakan pelbagai isu sehinggakan sesi soal jawab yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi hanya dimulakan setengah jam kemudian.Awal-awal lagi anggota veteran pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan soal Ahli Parlimen tidak mengangkat tangan kanan semasa upacara angkat sumpah Isnin lalu, sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan keputusan mengesahkan pelantikan semua anggota Dewan itu. selanjutnya
ESOK, 28 April 2008 bermulalah mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen
kedua belas. Mesyuarat ini diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berlangsung
pada 8 Mac lalu. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga 27 Mei atau
melibatkan 16 hari. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai
selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari.
Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu
bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30
hingga 5.30 petang. selanjutnya
KUALA LUMPUR 28 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendahului 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pukul 10.15 pagi ini.Ia diikuti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri-menteri kanan dan menteri-menteri yang baru sebelum disusuli ahli-ahli Parlimen lain. selanjutnya
JOHOR BAHRU 29 Dis. – Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) akan meminta penjelasan daripada kerajaan negeri Johor, Malaysian Resources Corp. Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd. berhubung usaha pemindahan penduduk yang bakal terjejas akibat pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang bernilai RM977 juta tahun depan.Pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pembinaan Lebuhraya EDL sejauh 8.1km itu yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Chagar dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal mengakibatkan pemindahan 2,600 keluarga dari tujuh buah kampung di Johor Bahru. selanjutnya